Tips & Info: Adakah selamat untuk ibu hamil berpuasa?

Ramadan telah pun tiba dan berpuasa pada bulan Ramadan merupakan salah satu rukun Islam yang wajib dilaksanakannya oleh setiap umat Islam yang mukallaf. Namun begitu, adakah ianya selamat untuk para ibu yang hamil untuk berpuasa? Adakah puasa akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi di dalam kandungan?

Jawapannya mudah:
Walaupun berpuasa pada bulan Ramadan adalah satu kewajiban yang perlu dilakukan oleh umat islam dan sesiapa yang melakukannya akan diberikan barakah, Allah swt telah memberikan keringanan kepada wanita hamil dan ibu yang menyusukan anak. 


Secara umumnya, mengikut para ulama dan juga dari segi perubatan, ibu hamil boleh berpuasa jika kondisi kesihatan mereka mengizinkannya.

Ayuh baca informasi selanjutnya, para ibu, sila ambil perhatian ya 😃

Ibu tidak digalakkan berpuasa sekiranya:
1. Masih di dalam trimester pertama kehamilan (3 bulan pertama)

2. Kehamilan berisiko tinggi

3. Durasi puasa yang panjang, keadaan cuaca yang melampau

4. Ibu yang mengalami masalah kesihatan dan yang berisiko mendapat darah beku, gangguan ulser perut, dan gastrik tidak digalakkan berpuasa untuk mengelakkan komplikasi
5. Ibu yang mengalami gejala kehamilan yang ekstrem seperti muntah-muntah, pening, pitam dan lain-lain – ini akan menyebabkan kelesuan, dehidrasi, kekurangan nutrisi, dan ianya boleh menjejaskan kesihatan ibu dan juga bayi di dalam kandungan

Ibu digalakkan untuk membatalkan puasa jika:

  1. Kandungan gula dalam darah rendah
  2. Dehidrasi, kehausan dan sembelit ialah masalah utama untuk ibu hamil yang berpuasa
  3. Bayi di dalam kandungan tidak aktif, ini adalah sangat berbahaya, sekiranya bayi menjadi tidak aktif, ibu perlu membatalkan puasa dengan segera
  4. Perlu melakukan aktiviti yang agak berat pada waktu berpuasa

Tips berpuasa yang selamat untuk para ibu hamil:
1. Melambatkan sahur

2. Bersahur dengan makanan yang memberikan tenaga, makan lebih protein untuk tumbesaran bayi di dalam kandungan dan minum air yang secukupnya untuk mengelak dehidrasi 

(Para ibu boleh muat turun aplikasi Mama Net untuk mengetahui makanan yang disarankan sepanjang kehamilan)

3. Tidak melengahkan waktu berbuka puasa

4. Buka puasa dengan makanan yang mencukupi dengan nutrisi yang lengkap tetapi jangan makan terlampau banyak
5. Jangan melakukan kerja yang berat semasa berpuasa

6. Memakan vitamin dan suplemen 

7. Jika perlu mengambil ubat, jadualkan pengambilan ubat yang sesuai semasa sahur, buka puasa, dan selanjutnya

8. Selalu pantau aktiviti bayi di dalam kandungan, jika bayi lemah dan tidak aktif, dinasihatkan ibu membatalkan puasa dengan segera dan terus memantau aktiviti bayi selepas ibu makan dan minum.

(Para ibu boleh muat turun aplikasi Mama Net dan menggunakan ciri ‘kickcounter’ untuk merekod dan memantau aktiviti dan pergerakkan bayi)

Baiklah para ibu, Mama Net mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadan yang mulia ini, tidak perlu risau jika anda tidak boleh berpuasa kerana ibadah lain yang dilakukan pada bulan Ramadan juga akan mendapat barakah yang berlipat ganda. 

Kekal selamat, kekal sihat, kekal bahagia, dengan Mama Net

“Empower your parenting journey with Mama Net! Whether you’re just starting your journey into parenthood or are a seasoned pro, Download our app for free on the App Store and Google Playstore for access to certified content, interactive tools, and a community of supportive parents and mothers.”

“Empower your parenting journey with Mama Net! Whether you’re just starting your journey into parenthood or are a seasoned pro, Download our app for free on the App Store and Google Playstore for access to certified content, interactive tools, and a community of supportive parents and mothers.”

Main Menu