Kelebihan Urut Selepas Bersalin

  1. Mengurangkan rasa sakit-sakit badan

Anda mungkin masih merasakan sakit badan selepas bersalin atau ketegangan semasa melahirkan anak. Di samping itu, penyusuan bayi juga boleh menyebabkan sakit badan. Selepas bersalin, mengurut adalah cara yang baik untuk membantu meredakan rasa sakit- sakit anda, melegakan kesakitan dan merenggangkan otot anda, tanpa mengambil ubat. Sekiranya kesakitan lebih teruk, anda mungkin memerlukan berjumpa dengan doktor.

  1. Meningkatkan kualiti tidur

Sebagai ibu yang baru, anda memerlukan tidur sebanyak mungkin untuk proses pemulihan selepas bersalin yang cepat. Urutan selepas bersalin dapat membantu anda berehat dan menyiapkan badan anda untuk tidur yang lebih nyenyak. Ini disokong oleh kajian yang menunjukkan peningkatan gelombang delta pada bahagian otak. Selain itu, anda mungkin juga tertidur semasa mengurut selepas bersalin, yang memberi anda masa tambahan untuk berehat.

 

  1. Meningkatkan penghasilan susu

Urut selepas bersalin amat berkesan untuk mengatasi masalah kurang susu badan atau puting tersumbat. Dari satu sudut, ia dilihat ada benarnya kerana pengeluaran susu ibu boleh terjejas akibat tekanan. Apabila berurut, tubuh akan menjadi kurang stress dan sentuhan dapat membantu mengeluarkan hormon oksitoksin yang menggalakkan pengeluaran susu.

  1. Membantu untuk mengurangkan pembengkakan

Adalah normal bagi badan anda untuk membengkak semasa bersalin, kerana terdapat banyak perubahan cairan sepanjang kehamilan. Urut selepas bersalin adalah kaedah yang berkesan untuk membantu anda mengurangkan bengkak, dengan merangsang saliran limfa yang membantu dalam peredaran dan pembuangan cecair berlebihan, serta produk buangan. Urutan selepas bersalin juga dapat merangsang tisu anda, yang dapat membantu badan anda mengagihkan semula air ke dalam badan.

  1. Mengurangkan tekanan selepas bersalin (postpartum depression)

Sentuhan dan aroma minyak yang digunkan ketika mengurut dapat memberikan anda ketenangan dan mengurangkan tekanan. Ini dapat membantu anda relaks dan kurangkan stress. Apabila kurang stress, anda akan menjadi lebih yakin untuk menguruskan bayi anda dan membantu untuk kembalikan bentuk badan anda sebelum mengandung.

Terdapat banyak kebaikan urutan selepas bersalin. Walau bagaimanapun, berbincanglah dengan doktor dan ahli terapi urut sekiranya anda telah menjalani pembedahan caesar, untuk mengelakkan risiko lain. Menjadi seorang ibu adalah perjalanan yang panjang, anda perlu berehat dengan baik dan berada dalam keadaan terbaik untuk bayi anda.

“Empower your parenting journey with Mama Net! Whether you’re just starting your journey into parenthood or are a seasoned pro, Download our app for free on the App Store and Google Playstore for access to certified content, interactive tools, and a community of supportive parents and mothers.”

“Empower your parenting journey with Mama Net! Whether you’re just starting your journey into parenthood or are a seasoned pro, Download our app for free on the App Store and Google Playstore for access to certified content, interactive tools, and a community of supportive parents and mothers.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Main Menu