3 Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan Oleh Suami Di Bilik Bersalin

Sebilangan suami tidak mengetahui perkara tidak boleh dilakukan semasa menemani si isteri di bilik bersalin, malah ada sesetengah suami yang melakukan kesalahan. Namun, proses kelahiran adalah satu pengalaman yang menyakitkan, memenatkan dan intensif bagi si isteri. Oleh itu, sebagai suami, anda boleh memberi sokongan dan dorongan kepada isteri anda. Berikut adalah tiga perkara yang tidak boleh dilakukan oleh suami di bilik bersalin:

Tidak menggunakan telefon semasa berada di dalam bilik bersalin

Isteri anda perlu menumpukan seluruh perhatiannya untuk melahirkan anak anda, jadi keberadaan suami disamping mereka adalah sangat diperlukan oleh mereka masa ini. Anda perlu mematikan telefon daripada sebarang panggilan telefon dan mesej boleh menganggu isteri anda. Jadilah menyokong pasangan anda dan bukannya menjaga perkara lain. Anda juga digalakkan untuk berjaga bersama isteri, sekiranya dia memerlukan sebarang bantuan. Kebanyakan suami yang menemani isteri di bilik bersalin akan memegang tangan isteri sebagai tanda sokongan malah dapat membantu melancarkan prose kelahiran bayi dengan mudah dan cepat.

Tidak berdebat di dalam bilik bersalin

Walau apa pun tujuannya, anda perlu bertolak ansur dan sabar dengan isteri. Elakkan berdebat dengan isteri anda semasa melahirkan kerana adalah menjadi lumrah bagi wanita untuk berbicara secara kasar dan menyinggungkan ketika dalam kesakitan. Sebagai suami yang memahami, anda jangan mengambilnya secara peribadi. Jangan seskali merungut kepada isteri anda mengenai perkara-perkara kecil, seperti menunggu lama kerana isteri anda adalah orang yang harus mengalami kesakitan dan tekanan yang menyakitkan selama berjam-jam. Fokuskan dahulu pada yang lebih utama iaitu memberikan sokongan emosi kepada isteri yang bakal bersalin!

Tidak pengsan di dalam bilik bersalin

Melihat isteri anda berjuang sepenuh hati demi melahirkan anak anda sepatutnya membuatkan anda bersyukur dan lebih menghargai isteri. Ambil masa untuk menghayati detik bersejarah ini. Ia sememangnya momen terindah dalam hidup seorang ayah. Jangan membuat kecoh di hospital seperti pengsan dan menangis. Sekiranya anda tidak mampu untuk melihat proser kelahiran, seeloknya anda meninggalkan bilik bersalin. Anda perlu bersedia dari segi metal, emosi dan fizikal untuk menyambut kelahiran cahaya mata. Seorang suami noleh menghadiri kelas prenatal bersama isteri untuk

mengetahui proses bersalin dengan lebih lanjut. Anda akan gembira kerana anda menjadi sebahagian daripada pengalaman bermakna ini bersama keluarga, jadi lakukan yang terbaik untuk menjadi tonggak kekuatan dan sokongan isteri anda.

“Empower your parenting journey with Mama Net! Whether you’re just starting your journey into parenthood or are a seasoned pro, Download our app for free on the App Store and Google Playstore for access to certified content, interactive tools, and a community of supportive parents and mothers.”

“Empower your parenting journey with Mama Net! Whether you’re just starting your journey into parenthood or are a seasoned pro, Download our app for free on the App Store and Google Playstore for access to certified content, interactive tools, and a community of supportive parents and mothers.”

Main Menu